Ahad, 7 Mac 2010

Hati2

Terdapat beberapa software dipasaran disarankan anda tidak menggunakannya kerana ada beberapa pereka software yang dipasang spy software dimana ia boleh mengawal dan remote komputer anda dan merakam segala kegiatan anda pada komputer anda. Ini amat mengejutkan apabila seorang hacker di Amerika boleh mengaut keuntung jutaan dollar dengan mengambil hanya RM 1 dalam akaun anda tanpa anda sedari. Adalah disarankan kepada anda supaya menggunakan cara lama seperti menggunakan ATM dan buku untuk mengawal dan melakukan transaksi bank. Ini bagi mengelakkan anda daripada kerugian dimasa akan datang. Dan anda disarankan menggunakan operating system yang original seperti Windows dan Linux. Saya tidak dapat menyatakan yang mana lebih baik memandangkan kedua-dua organisasi mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Seperti contoh Windows selalu diserang virus kerana banyak pereka virus menggunakan tapak windows untuk mereka virus dan kelebihannya ialah anda mudah mendapat driver. Berbanding dengan linux, tidak ramai yang arif tentang rekaan virus ditapak linux dan ia dinyatakan lebih selamat memandangkan mereka mengawal firewall daripada hardware dan kernel yang mereka bina lebih utuh dan stabil. Kekurangan linux ialah anda sukar mencari driver yang sesuai untuk komputer dan perkakasan anda. Ini kerana kebanyakkan pengilang sedar pengguna mereka lebih cenderung kepada Windows. Apapun bagi saya dua2 best.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan