Isnin, 12 April 2010

CPU

CPU merupakan tonggak kepada sesebuah komputer. Ini kerana CPU merupakan otak bagi sesebuah komputer dimana ia menerima input dan melakukan kerja dan mengeluarkan output kepada user. Seperti yang anda ketahui terdapat 2 pengeluar CPU terkemuka dunia iaitu Intel dan AMD. Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. CPU Intel kebanyakkannya untuk user yang menggunakan komputer dengan multi-tasking work dan manakala AMD adalah untuk kegunaan grafik yang tinggi. CPU merupakan mikrocip yang mengandungi berjuta transistor untuk melakukan pengiraan kepada kod binary iaitu 1 atau 0. Skala yang ada dipasaran sekarang ialah 65nm dan 45nm. Kelajuan CPU diukur dalam skala Ghz... dimana ia menjadi tunggak utama kepada sesebuah CPU melakukan kerja. Walaubagaimanapun pada zaman ini anda boleh melihat ia tidak lagi bergantung kepada kelajuan, ia bergantung kepada core yang terdapat pada cpu berkenaan. Untuk pengetahuan anda apabila sebuah CPU dinamakan dual core bermaksud ia mempunyai 2 enjin didalam sebuah casis. Manakala Quad mempunyai 4 enjin didalam sebuah casis. Teknologi sekarang lebih maju dengan adanya tread dimana ia juga mengawal kelajuan sesebuah CPU. Walaubagaimanapun sesebuah komputer bergantung kepada tugas yang hendak dilakukan. Jikalau anda menggunakan komputer anda untuk menaip dan melayari laman web, cukuplah sekadar anda menggunakan dual core. Namun kalau anda membina sesebuah komputer untuk game yang berprestasi tinggi anda memerlukan sebuah komputer yang mempunyai CPU yang berkelajuan tinggi. CPU yang paling popular sekarang ialah i7 dan i5 dimana ia mempunyai 4 core dan 8 tread didalamnya... Dan apabila anda membeli CPU anda hendaklah melihat Cache dimana laluan sebuah data itu memasuki dan keluar dari CPU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan